belajar resepi ni dari kawan sy nama dija masa ktrg buat jualan request time sukan apa ntah. senang sgt kot nak buat dan enshallah menjadi punye.
Bahan A
8 sudu/ 100g butter
2 cawan susu
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
Bahan B
4 cawan tepung
2 cawan gula
4 sudu baking powder
p/s: sudu = sudu besar ye ^^
Cara:
1) campurkan kesemua bahan A dan kacau sebati. begitu juga bahan B dicampurkan dan dikacau.
2) campurkan bahan A n B dan kacau pakai sudu ke sudip ke apa2 je la. tak perlu kepada penggunaan mixer di cni. kalau nak tukar vanilla ke coklat boleh je tambah serbuk coklat time kacau bahan B.
3) selepas sebati dikacau. masukkan ke dalam acuan cupcakes kertas tu. sometimes letak blueberry/walnut/choc chips kat tgh2. means letak bancuhan separuh then letak bahan tambahan tu then tutup dgn bancuhan lagi separuh.
4) bakar 20 minit tuk 180C. api atas bawah.
MAKA SIAPLA CUPCAKES KITA.
senang je kan. nak alter2 pun boleh ikut kesukaan hati. dalam satu bancuhan dapat 25-30cupcakes. actually depends ngn size cup tu la.
selamat mencuba ^^,=
-irbid, 090211-
p/s: nnti sy letak gambar. hardisk kat kawan la so takde gmbar\